Pelumba MotoGP dari pasukan Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo telah mentandatangi kontrak terbaru bersama pasukan utama Yamaha menggantikan pelumba ternama Valentino Rossi bermula tahun 2021. Fabio Quartararo akan bergandingan bersama Maverick Vinales yang juga baru memperbaharui kontraknya bersama pasukan Yamaha.
Pada tahun lalu, Fabio Quartararo menunjukkan prestasi menakjubkan sebagai pelumba baru di kelas utama motogp dengan pencapaian 7 kali di podium dan 6 kali bermula di petak pertama.
Dengan kemasukan Fabio Quartararo di Yamaha, Valentino Rossi mengesahkan dirinya akan terus berlumba pada tahun 2021 tetapi keputusan itu akan dibuat selepas mengambil kira prestasinya pada tahun ini. Yamaha juga bakal memberi sokongan sepenuhnya jika Rossi masih mahu meneruskan dalam kancah sukan motogp ini.