Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican mengumumkan 3 pingat termasuk sebutir pingat Emas menjadi sandaran Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020 melalui tiga sukan iaitu Berbasikal Trek, Badminton dan Akuatik Terjun. Sementara itu bagi Paralimpik pula, sasaran tiga emas diletakkan bagi mengulangi pencapaian di Rio. Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini. Malaysia menghantar 30 atlet dalam 10 acara sukan.
Sepanjang 16 penampilan kontinjen negara di temasya Olimpik, Malaysia berjaya membawa 11 pingat iaitu 8 perak dan 3 gangsa manakala bagi temasya Paralimpik sebanyak 11 pingat berjaya di bawa pulang 7 menerusi olahraga dan 4 powerlifting.